https://www.facebook.com/daengperfume Cerita Terkini

Tuesday, July 11, 2017

PETUA ORANG LAMA UNTUK KESIHATAN JANGKA PANJANG

PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG

1.Menurunkan Darah Tinggi
1. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

2. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
3. Makanlah biji buah Peria.
4. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
5. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.

6. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
7. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
8. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
9. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

2. Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.


3. Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadap! i penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.

4. Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan. .. insyallah gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri...kini gastrik tiada lagi!

5. Tajamkan Penglihatan
Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

6. Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

7. Menurunkan Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.

8. Menghilangkan Sakit Kencing Manis

Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/ bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan.

PETUA ORANG LAMA UNTUK KECANTIKAN WAJAH

PETUA ORANG LAMA UNTUK KURUS DAN LANGSING

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

1. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan
berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan
limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam
jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


4. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

5. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


7. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

8. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

PETUA ORANG LAMA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti

anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di

dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan
kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti
ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman
masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan
kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika
anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan
dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda
boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh
membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak
makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan merampingkan peha.

CARA NAK RESET WIFI HUDDLE YES

Assalamualaikum


Nampaknya ramai orang sampai ke site aku sebab nak tahu pasal Yes. Welcome to YES4g Family :). 

Awalnya ye kawan-kawan semua, saya pun ada masalah dengan penukaran password huddle saya. Sebab dah lama tak buat. Jadi lupa. Bila lupa mesti berlaku kesilapan. Bila berlaku kesilapan, huddle tak berfungsi. Bila huddle tak berfungsi, aku jadi gelabah. Bila aku gelabah, aku jadi murung. Bila murung, aku cepat emo. Bila cepat emo, tak boleh silap sikit. Mesti nak mengamuk. Tambahan pula aku seorang perempuan yang sifatnya hormon tak menentu. Naik turun sesuka hati macam roller coster. Aku taknak korang jadi macam tu. So kita hepi sama-sama keyh. Haaa yang lelaki, takyah nak sinis sangat baca. Korang pun kalau dah start emo lagi terok dari pompuan datang bulan tau!

Boleh kita mulakan sekarang? Kalau boleh ... Ikut step-step ni tanpa skip ye. Jujur!


First step :-
 Taip http://192.168.1.1/. atau klik je la link tu. Nanti dia akan bawak korang ke satu laman yang tulis ... Welcome to YES4g

Second step :-
Di ruangan login dan password ... kedua-duanya korang isikan perkataan ADMIN. Tau. Jangan isi benda lain. Nanti jadi lain. Bila jadi lain ... korang akan start emo. Kan entry ni nak tolong korang supaya tak emo tak tentu hala. Jadi baca betul-betul. Jangan buat kepala sendiri!

 Third step :-
Bila dah berjaya masuk, pergi ke factory reset. So reset la apa yang korang nak reset. Bila dah reset, huddle korang akan kelip-kelip dan mati sendiri. Masa tu jangan panik. Tu memang biasa bila kita buat reset. Nanti dia akan hidup sendiri. Tapi kalau rasa tak sabar, hidupkan secara manual pun boleh. Maksudnya korang hidupkan.

Last step :-
Korang kena connectkan ia ke handphone atau lappy atau ke kedua-duanya sekali. Pastu masukkan password wifi yang baru. Dan. Purrrr! Boleh guna dah. Yeayyyy.

Semoga berjaya :D Harap perkongsian ni bermanfaat  heeeeee :) Oh! tapi sebelum tu ... pastikan yang korang nak reset password tu adalah huddle korang sendiri bukan orang lain punya. Andddd dun wori walaupun line dia kaler merah sekali pun ... dia takkan mengganggu proses penukaran password. Ingat tu :)

p/s : Kalau dah ikut step. Dengan jujur. Tetap jugak terjadi masalah. Aku mintak maaf keyh. Apa yang aku dapat tolong adalah dengan suggest korang pergi ke booth atau kedai Yes berhampiran. And kalau masa line kelip-kelip merah tak dapat nak ubah password ... hmmm tunggu a sampai line jadi kaler kuning ke hijau ke, keyh?




Monday, July 10, 2017

Rahsia Khasiat Durian Belanda

Khasiat durian belanda
Salam my dear brothers and sisters.. Hari ini aku ingin sekali berkongsi kepada semua tentang khasiat buah dan daun durian belanda. Selama ini kita tidak menyedari akan kehebatan buah durian belanda. Yang kita tahu nak makan, tanam, dan kalau buah tuh busuk kita buang.

Durian belanda menjadi penawar kepada beberapa penyakit. Sekarang ramai orang Malaysia mencari buah durian belanda untuk mengubati penyakit. Penyakit apa? Mari kita baca khasiatnya. Artikel ini aku kongsi disini kerana tuan punya blog En. Rafee mahu dikongsikan di blog aku untuk pengetahuan semua. Ada masa klik dan baca di blog En. Rafee.. Info sedikit sebanyak diambil dari blog beliau.

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuhsemulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?


Durian Belanda - Sour Soap - Graviola

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai Graviola, di Sepanyol Guanabana bahasa Inggeris dipanggil Soursop. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.


Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.


Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buah ini :
Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo
Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan
Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan/penyembuhan
Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah durian belanda atau Graviola atau sour sop telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah

Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas
Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.


Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon durian belanda atau Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masa lah berkaitan hati dan rematik.

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Durian belanda atau Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Jus daun durian belanda. Diamalkan minum 1/4 suku gelas setiap 2 jam sehari selama 42 hari. Namun boleh saja diamalkan segelas sehari sudah memadai. Ambil buah2an tinggi vitamin C.


Bahan2
Daun durian belanda - 36 helai dibasuh bersih
Air masak atau mineral - 1 liter
Blend kesemua dan di tapis. Simpan di tempat yang sejuk
Bagus diminum pada waktu pagi jam 2 - 5 pagi

Jus Daun Durian Belanda

Jus daun durian belanda yang sudah di blend. Rasaya kelat mcm makan daun mentah tapi khasiatnya sungguh baik. Pejam mata jer. InsyaAllah dengan izin-Nya.

Nota

Pelbagai daun2 dan buah2an yang boleh menjadi penawar penyakit terutama kanser. Kita cubalah mana yang terbaik. Ikhtiar saja. kita hanya berusaha untuk memulihkan penyakit, tapi keizinan dan kesembuhan itu hanya datang dari Allah SWT.

Lelaki dan Perempuan

Syurga *lelaki* 
pada perempuan iaitu *IBU*

Syurga *perempuan* 
pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami* 
kena patuh pada *ibu.*

Sehebat-hebat *ibu* 
kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup* 
anak perlukan *doa ibubapa.* 

Masa *mati* 
ibubapa perlukan *doa anak*

*Sehebat-hebat manusia*, 
bila mati 
dia tetap *perlu orang lain* 
untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu* 
yang manusia ada. 
Dia tetap perlu *belajar* 
daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. 
Pasti yang dirindu 
adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia. 
Dia tetap perlu untuk *berurusan* 
dengan *orang lain...*

Seorang *Majikan* 
tidak akan mampu uruskan perjalanan premis/Jabatannya 
tanpa *pekerja bawahannya.*

Seorang *raja* 
tidak berkuasa 
tanpa ada *rakyat jelata.* 

Inilah manusia... 
*Lemah.* 
Walau sehebat mana pun kita didunia. 
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. 
Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*

Lalu kenapa mahu rasakan 
kita adalah yang terbaik dan terhebat ???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada
*taraf ujub, riak,sombong dan hina*

*Ingatlah wahai diriku*
dan yang sedang membaca. 
Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. 
*sombong dan merasa dia lebih baik.*

Kesimpulannya,kte sama2 m'merlukan antara satu sama lain..sama ada baik atau buruk..😊😊


*Renungan Bersama*......