https://www.facebook.com/daengperfume Cerita Terkini: Berita Tempatan
Showing posts with label Berita Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Berita Tempatan. Show all posts

Sunday, June 30, 2013

Peluang Terakhir Hadiri Ujibakat AF 2013 @Shah Alam


Peluang Terakhir Hadiri Ujibakat AF 2013 @Shah Alam

KUALA LUMPUR, 30 JUN 2013: Empat lokasi telah pun dilawati, dan sambutan yang diterima oleh orang awam untuk menghadiri ujibakat Akademi Fantasia 2013 sangat menggalakan, menjadi bukti pengaruh Akademi Fantasia masih kuat di negara kita.
Jelajah ujibakat AF 2013 kini telah pun sampai ke lokasi terakhir, iaitu di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam bermula semalam, 29 Jun 2013 sehinggalah ke hari ini, 30 Jun 201.3.
Justeru, untuk semua individu di luar sana yang merasakan diri anda berbakat dan ingin mengecapi kejayaan seperti mana 9 juara Akademi Fantasia yang terdahulu, inilah peluang anda untuk membuktikan kebolehan anda.
Pastikan anda berumur 18-35 tahun pada tarikh ujibakat diadakan dan anda boleh datang sebagai peserta solo atau pasangan duet. Anda boleh memilih untuk menyanyikan sebarang lagu secara acapella. Untuk memudahkan anda, boring penyertaan boleh didapati di laman www.akademifantasia.com.my
Berikut adalah tips-tips berguna untuk anda sekiranya anda berminat untuk menghadiri ujibakat AF 2013 di SACC.
i) Sila pilih lagu yang bersesuaian dengan vokal anda.
ii) Sediakan sekurang-kurangnya tiga buah lagu atau lebih dengan genre muzik yang berlainan.
iii) Anda tidak digalakkan untuk memilih atau menukar lagu selepas mendaftarkan diri di AF 2013 untuk mengelakkan dari masalah lupa lirik.
iv) Peralatan muzik seperti gitar dan alatan muzik yang lain tidak menjadi masalah jika ingin digunakan tetapi ini adalah sesi ujibakat nyanyian, sila fokus dengan vokal anda. Jika ada mempunyai masalah untuk fokus dengan nyanyian sambil bermain alatan muzik, lebih afdal jika anda fokus dengan nyanyian.
v) Kod pemakaian harus bersesuaian ketika menghadiri sesi ujibakat. Anggap seperti anda ingin menjalani sesi temuduga mencari kerja.
vi) Dilarang sama sekali memakai selipar.
Tips-tips berguna ini bagi memudahkan kepada mereka yang menghadir sesi ujibakat dapat berjalan dengan lancar untuk diberi peluang untuk ke peringkat yang seterusnya. Persiapan awal ketika menghadiri sesi ujibakat AF 2013 adalah markah bonus buat diri anda supaya para juri utama dapat menilai anda dengan mudah.
Kaunter pendaftaran akan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Wednesday, June 26, 2013

Shuib Redha, Ibu Siti Sarah Pergi Dengan Tenang

KUALA LUMPUR, 26 JUN 2013: Setelah beberapa tahun melihat keperitan dan kepayahan ibu mertuanya, Nooraini Mohamad, 56, menanggung penyakit 3 serangkai (Kencing Manis, Darah Tinggi, Sakit Jantung), akhirnya pelawak Shuib merelakan serta redha apabila nyawa ibu kepada penyanyi, Siti Sarah itu diambil untuk selamanya pada 6.35 pagi tadi.
Shuib berkata dia lebih rela melihat nyawa ibu mertuanya diambil daripada melihatnya terseksa menanggung penyakit berkenaan sejak 3 tahun dia mengenali keluarga isterinya itu.
"Saya mewakili Siti Sarah yang sedang bersedih di atas pemergian ibunya berasa lega apabila melihat ibu mertua saya pergi dengan keadaan yang sangat tenang di Hospital Ampang Puteri, pagi tadi.
"Memang sejak 2 hari ini, kami meluang masa yang lebih kepadanya selepas melihat keadaannya yang sangat kritikal.
"Malah sejak saya mengenali Sarah sekaligus ibunya 3 tahun lalu, saya sudah melihat keperitan dan kepayahan ibunya menanggung sakit itu dan saya rasa saya sendri tidak tertanggung bila melihat dia menderita.
"Jadi bila dia menghembus nafas terakhir pagi tadi, kami sudah rela dan redha dengan pemergiannya kerana kami sudah tahu usianya tidak panjang lagi dan sudah bersedia menerima ketentuan daripada Tuhan," katanya yang dihubungi murai.com.my
Ibu Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang Puteri itu akan dikebumikan di Gombak kira-kira jam 12 tengah hari ini.
Shuib yang aktif dengan laman sosial Twitter dan Instagram miliknya bernama shuibsepahtu itu berkata sejak ibu mertuanya kritikal dan berada di ICU 2 hari lalu dia menggunakan media tersebut untuk meminta doa daripada pemiant dan rakanya.
"Saya tahu follower Twiiter dan Instagram saya ramai, jadi saya guna media itu untuk mereka mendoakan ibu mertua saya sejak dia sakit kritikal sehinggalah dia menghebuskan nafas terakhir.
"Ramai juga yang mendoakan kesihatan ibu mertua saya sebelum ini, dan bila dia sudah kembali kerahmatullah ramai juga yang bersedekat al-Fatihah untuk arwah.
"Saya harap arwah tenang di sana dan kami mendaoakan semoga rohnya dicucuri rahmat," luahnya lagi.
Shuib dan Siti Sarah telah bernikah pada 26 Ferburai 2011 dan mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Uwais Alqarni berusia setahun 6 bulan dan Dzahira Talita Zahra yang abru berusia sebulan.
Shuib Redha, Ibu Siti Sarah Pergi Dengan Tenang