https://www.facebook.com/daengperfume Cerita Terkini: Hiburan
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Friday, July 5, 2013

Elaine Daly Dilantik Mentor Miss Universe Malaysia 2014!

Elaine Daly Dilantik Mentor Miss Universe Malaysia 2014!

KL, 2 JULAI 2014: Wah! Tahniah Murai Batu ucapkan buat model, pelakon dan pengacara Elaine Daly kerana dilantik menjadi mentor serta penasihat Miss Universe 2014. Khabarnya perlantikan anchor program Bella ini dilakukan berdasarkan kepada pengalaman serta pencapaiannya sebagai Miss Malaysia World 1999 dan Miss Malaysia Universe 2003.

Murai Batu diberitahu, dengan peranan baru yang dipegangnya itu Elaine Daly yang memiliki kerjaya profesional sebagai seorang peguam ini juga bakal memperkenalkan pencarian The Next Miss Malaysia Universe Malaysia 2014.

Dia juga akan memastikan bahawa pada The Next Miss Malaysia Universe Malaysia 2014 ini nanti adalah hip, urban, relevan dan real. Besar juga peranan Elaine Dalykan?

Tapikan, Murai Batu harap juga, sesiapa yang dipilih nanti, biarlah seorang yang boleh diklasifikasikan sebagai beauty with brain sepertimana Elaine Daly sendiri.


Murai Batu rasa Elaine Daly adalah contoh terbaik yang boleh dijadikan ikon oleh kebanyakan gadis-gadis di luar sana kerana dia telah membuktikan bahawa gadis yang jelita bukan sekadar bimbo semata-mata tetapi jugak bijak.


Wednesday, June 26, 2013

Sanggup buat apa saja demi lakona


Selepas percintaannya dengan penyanyi Shila Amzah berakhir, pelakon berbakat besar, Sharnaaz Ahmad, 28, nampaknya lebih selesa ‘bercinta’ dengan kerjayanya.
Justeru, sebaik mendapat tawaran membintangi filem Sindiket arahan Bade Haji Azmi, Sharnazz bertekad mahu melakukan bersungguh-sungguh dan memberikan yang terbaik.
Lebih daripada itu, Sharnaaz melihatnya sebagai ‘platform’ untuk tampil lebih versatil daripada perwatakan baik dan antagonis, dua karakter sinonim dengannya kepada pelakon lagak ngeri.

“Seseorang pelakon aksi tidak boleh dianggap hebat sekiranya dia tidak melakukan babak aksinya sendiri. Jika diikutkan, ramai pelakon lelaki dan wanita kita berupaya melakonkan babak aksi mereka sendiri, malah sanggup menerima risiko.
Foto

“Namun, kebanyakan pengarah tidak begitu menggalakkan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada pelakon mereka ketika penggambaran dijalankan. Maklumlah, industri filem kita bukannya seperti di Hong Kong atau Hollywood.

Misha, Firos nikah Februari 2014

Misha, Firos nikah Februari 2014
Selepas ditangguhkan September lalu, penyanyi, Misha Omar, semalam meleraikan tanda tanya ramai apabila mengumumkan bakal berkahwin dengan Firos Ezzwan Rossly, 31, Februari tahun depan. 

Bagaimanapun, tarikh sebenar majlis akad nikah di negeri kelahirannya, Kota Bahru, Kelantan, yang disusuli kenduri kesyukuran hanya dapat diputuskan selepas Aidilfitri. 

Misha atau nama sebenarnya, Samihah@ Aisha Omar, 31, mengakui lega selepas dapat berkongsi tarikh hari bersejarah mereka selepas pelbagai cerita negatif disebarkan pihak tertentu sebaik tertunda dua kali berikutan pertembungan jadual kerjaya. 

“Bukan niat kami mahu berahsia atau menangguhkan perkara baik. Sejujurnya, pada usia ini, saya sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri. Cuma, saya perlu faham situasi dan tuntutan tugas bakal suami apabila tahun lalu dia mengambil peperiksaan lesen juruterbang kanan mengendalikan pesawat Airbus A330. 

“Apabila jadualnya kembali longgar, saya pula sudah mempersetujui komitmen lain. Kini, kami sepakat memilih Februari 2014 kerana bulan itu amat istimewa. Februari ialah bulan kami bertunang,” katanya selepas majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta pengeluar cat jenama tempatan, Colourland Paints. 

Pilih majlis sederhana 

Penyanyi lagu Angin Syurga itu mengakui belum membuat sebarang persediaan, malah menyerahkan urusan itu kepada kakak yang juga pengurus peribadinya, Mimie. 
Enggan terlampau memikirkan tema majlis sebaliknya mengutamakan perkara wajib, Misha lebih senang andai hari bahagia mereka berlangsung secara sederhana, namun meninggalkan memori manis. 

“Memang perancangan ini baru dibincangkan. 

Jadi soal persiapan, nikah, resepsi, hantaran dan segala butiran lanjut cuma dapat ditentukan selepas pertemuan keluarga, September depan. Kami juga belum menjalani kursus perkahwinan. Kalau boleh, tentu saja kami ingin mengikutinya bersamasama. Saya harap orang ramai mendoakan semoga niat kami membina masjid dipermudahkanNya. 

“Ibu pula memilih Kota Bahru sebagai lokasi pernikahan kerana ia kampung kami, sekali gus saudara-mara dapat berkumpul beramairamai,” kongsinya lagi yang memilih masjid sebagai tempat pernikahan. 

Sila hentikan fitnah Misha dan Firos yang juga juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) bertunang pada 20 Februari 2012 dan mengikut perancangan, mereka sepatutnya diijabkabulkan September lalu. 

Nyata, ikatan cinta yang bersemi terus utuh biarpun beberapa gosip nakal mengenai penundaan pernikahan mereka tercetus gara-gara dirinya dikatakan dalam proses perceraian dengan seorang usahawan automotif. 

“Dayus lelaki yang mahu menceraikan Misha Omar,” ulasnya ringkas sebaik dilontarkan pertanyaan yang sudah dijelaskan sebelum ini. 

Katanya dalam nada tegas, hingga kini belum ada individu atau pihak tampil membuktikan kata-kata mereka. 

“Saya harap pengumuman ini melenyapkan terus fitnah pihak terbabit. Saya tahu siapa dalangnya, tetapi sebelum mempercayai cerita saya berkahwin dan kemudian diceraikan, fikir dulu rasionalnya. 

“Syukur, ketika mengharungi nista ini, tunang dan keluarga berada di sisi memberi sokongan. 

Rezeki saya juga dimurahkan termasuk ditawar menjadi Duta Colourland Paints. Saya melihat semua yang berlaku punya hikmah tersendiri,” katanya yang mempunyai anak angkat, Muhammad Adam Emir, 7.