https://www.facebook.com/daengperfume Cerita Terkini: 2 maut Boeing 777 terhempas

Monday, July 8, 2013

2 maut Boeing 777 terhempas

2 maut Boeing  777 terhempas Anggota bomba berada dekat pesawat Boeing 777 selepas ia terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco. Gambar bulat anggota bomba bekerja keras memadamkan api pesawat Korea Selatan yang terhempas.
Pesawat Asiana Airlines milik Korea Selatan patah ekor ketika cuba mendarat

San Francisco: Sebuah pesawat Asiana Airlines Boeing 777 membawa 307 penumpang terhempas dan terbakar kelmarin ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.

Dua terbunuh dan lebih 180 lagi cedera. Pesawat itu berlepas dari ibu kota Korea Selatan, Seoul. 
Saksi berkata, ekor pesawat patah ketika cuba mendarat menyebabkan kapal terbang itu terhentak kuat sebelum berhenti. 


Gambar yang diambil mangsa terselamat menunjukkan penumpang keluar daripada pesawat dan bergegas keluar dari kawasan dekat situ.

Asap tebal keluar daripada tempat mengisi minyak. Rakaman televisyen selepas itu menunjukkan pesawat yang rentung dan hitam dimamah api selain bumbungnya yang sudah tiada.

Tiada petanda segera mendedahkan sebab punca kemalangan dan pegawai persekutuan dalam perjalanan dari Washington ke situ untuk menyiasat.

Tetapi, seorang daripada mereka yang selamat berkata, juruterbang seperti cuba membawa naik pesawat sebelum ia terhempas. 
Asiana Airlines berkata, penerbangan dari Shanghai itu membawa 291 penumpang dan 16 kru, kebanyakannya warga China, Korea dan Amerika.

Timbalan Ketua Bomba Dale Carnes berkata, dua orang yang maut dalam kejadian itu dan 49 dihantar ke hospital berdekatan kerana cedera parah.

Kemalangan pertama

Seramai 132 lagi dihantar ke beberapa hospital dengan kecederaan ringan.
Seorang pegawai kanan Asiana berkata, juruterbang ialah Lee Jeong-min, yang menghabiskan kerjaya dengan syarikat itu.

Dia adalah antara 4 juruterbang veteran syarikat penerbangan berkenaan. Ada dua juruterbang dalam perjalanan dari Seoul ke San Francisco selama 10 jam.

Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Deborah Hersman, berkata pihaknya menghantar sekumpulan penyiasat ke San Francisco dan masih terlalu awal untuk menyatakan punca kemalangan.

Nahas itu juga kemalangan udara pertama membabitkan pesawat Boeing 777 yang popular sejak dipekenalkan pada 1995.

Ia juga kemalangan pesawat komersial pertama di Amerika sejak kapal terbang kendalian Colgan Air terhempas di New York pada 2009.

1 comment:

  1. PinoQQ
    PINOKIUKIU.NET | PINOKIUKIU.ORG | PINOQQ.ORG|
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA : +855 96 978 7541
    • Telegram : +6281324703796

    Daftar PinoQQ
    PinoQQ
    PinoQQ
    Agen BandarQ
    Kartu Online
    PinoQQ
    Judi Online
    AgenSakong
    BandarQ

    ReplyDelete