https://www.facebook.com/daengperfume Cerita Terkini: Skuad Kim Swee tempang

Wednesday, July 3, 2013

Skuad Kim Swee tempang

Kuala Lumpur: Jurulatih skuad bola sepak Malaysia ke Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) 2013, Ong Kim Swee tiba di Kazan, Russia, semalam dengan hanya berbekal 17 pemain untuk menghadapi lima perlawanan dalam tempoh 10 hari, sekali gus berharap tiada masalah kecederaan baru melanda skuadnya. 

Skuad bola sepak negara dibarisi 14 pemain Harimau Muda A yang berkampung di Slovakia sejak Mac lalu ditambah tiga pemain luar iaitu K Reuben (Tentera), K Prabakaran (Sime Darby) dan Nazirul Naim Che Hashim (FC Ryukyu). 
Kim Swee yang sepatutnya boleh mendaftar maksimum 20 pemain tidak dapat berbuat demikian selepas penganjur menolak pendaftaran dua pemainnya, Adam Nor Azlin dan Ariff Farhan Md Isa dengan alasan tidak cukup umur. 


“Saya pun tak faham alasan penganjur yang mengatakan pemain perlu berusia 17 tahun ke atas sedangkan Adam Nor dan Ariff Farhan memang sudah mencecah usia 17 tahun jika diikutkan bulan kelahiran mereka. 

Dia cuma mengharapkan tiada masalah kecederaan baru sepanjang kejohanan kerana ketika ini Wan Amirzafran Nadris masih cedera. Masalah itu mungkin dapat diatasi sekiranya lima pemain yang dipanggil sebelum ini dilepaskan pasukan masing-masing iaitu Nik Shahrul Azim Ab Halim (Kelantan), Junior Eldstal (Sarawak), Zubir Azmi (Terengganu), Nazri Ahmad (Johor DT) dan S Sivanesan (N Sembilan). 

Beberapa tonggak Kim Swee yang lain pula terpaksa ditinggalkan di Slovakia kerana masalah kecederaan antaranya Fandi Othman, Azrif Nasrulhaq Badrul, Syahid Zaidon dan Izzaq Faris Ramlan manakala penyerang sensasi, Rozaimi Abd Rahman pula tidak dapat didaftarkan.

No comments:

Post a Comment