PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bersama pemain meraikan kemenangan pasukan Lions XII yang menewaskan Felda United 4-0 pada perlawanan Liga Super 2013 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi. - Foto Hairul Anuar Abd RahimSingapura: Stadium Jalan Besar yang dianggap gelanggang keramat buat Lions XII bagaikan berpesta tatkala barisan pemain tuan rumah menjulang Piala Liga Super 2013 selepas membelasah FELDA United 4-0, malam tadi.
Sokongan padu penyokong sepanjang saingan liga memberi semangat kepada kami untuk memberi persembahan terbaik.” Kapten Lions XII, Shahril Ishak.
Yang pasti, kemenangan itu menutup terus peluang Selangor, Johor Darul Takzim (DT) dan Tentera untuk mengejar Lions XII yang selesa kekal di tangga teratas dengan mengumpul 43 mata dan sukar dicabar ketiga-tiga pasukan itu ketika aksi liga berbaki satu perlawanan.
No comments:
Post a Comment