https://www.facebook.com/daengperfume Cerita Terkini: SUKMA: Esmelda julang Sarawak

Thursday, July 4, 2013

SUKMA: Esmelda julang Sarawak

SUKMA: Esmelda julang  SarawakEsmelda Arecia Menti Alfred Gelin
Kuala Lumpur: Atlet gimnastik artistik wanita Sarawak, Esmelda Arecia Menti Alfred Gelin (gambar) muncul wira apabila menyumbangkan dua pingat emas pertama kontinjen negeri itu, semalam. 

Selepas empat hari SUKMA membuka tirai secara rasmi, Sarawak gagal meraih emas sehinggalah Esmelda memecahkan kebuntuan apabila memenangi emas menerusi acara melombol dan titian imbangan pada hari terakhir acara dipertandingkan di Gimnasium 3 Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, semalam. 
Atlet berusia 13 tahun itu turut cemerlang apabila menyumbangkan dua perak menerusi acara palang bertingkat dan senaman lantai. “Saya beraksi tanpa tekanan berbanding semalam (kelmarin) kerana hanya fikir mengenai perkara positif. 


Melombol 

“Sasaran saya hanyalah satu emas iaitu acara melombol dan satu perak tetapi saya berjaya memenangi emas titian imbangan dan itu adalah bonus,” kata Esmelda yang membawa pulang keseluruhan dua emas, tiga perak dan satu gangsa. 

Sementara itu, dalam kategori lelaki, tumpuan terarah kepada atlet Sabah, Hamzaruudin Nordin yang memenangi tiga emas daripada enam acara akhir iaitu senaman lantai, gelang roman dan melombol selain perak menerusi acara palang sejajar. 

Emas acara kekuda pelana dimenangi atlet Selangor, Daniel Iskandar Richard manakala Saw Chao Wei (Pulau Pinang) raih emas palang sejajar dan Chau Jen Rong (Selangor) ungguli palang tunggal.

No comments:

Post a Comment