Pekanbaru: Kerja-kerja pembenihan awan bagi menghasilkan hujan di kawasan yang teruk terjejas akibat kebakaran hutan di Wilayah Riau dijangka berlangsung selama sebulan.
Setakat ini, pihak berkuasa berkaitan dengan bantuan pesawat angkatan udara republik itu sudah membenih awan menggunakan garam khas seberat dua tan menggunakan dua pesawat di ruang udara bahagian timur wilayah berkenaan terutama di Dumai, Mandau, Bengkalis dan Duri.
Operasi darat juga dilakukan di Bengkalis dengan mengerahkan anggota tentera dan polis, masyarakat tempatan, Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
Seorang pegawai dari Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) berkata, hasil pembenihan awan boleh dilihat dalam waktu yang pantas jika keadaan cuaca dan kehadiran awan yang sesuai.
Seorang pegawai dari Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) berkata, hasil pembenihan awan boleh dilihat dalam waktu yang pantas jika keadaan cuaca dan kehadiran awan yang sesuai.
PESAWAT digunakan untuk melakukan pembenihan awan.
“Agak sukar menemui tompokan awan yang sesuai untuk kerja pembenihan. Ini masalah kita dan sebab itu sukar untuk menduga hasilnya.
No comments:
Post a Comment