Azmi Mohamed, bekas pemain Johor yang beraksi pada final Piala FA 1998 menewaskan Sabah 1-0 itu berkata, kelengkapan dari segala aspek dimiliki Johor DT mewajibkan mereka untuk menang ke atas Kelantan pada aksi final, Sabtu ini.
Harap aksi berdisiplin
“Harap satu persembahan penuh berdisiplin dan bersungguh-sungguh, Sabtu ini supaya segala pengorbanan pihak pengurusan terutama dari segi wang ringgit berbaloi dengan berjaya membawa pulang Piala FA ke Johor," kata Azmi, semalam.
Azmi, 42, yang kini menjadi jurulatih skuad Liga Perdana Johor turut mengimbas kenangan ketika dia bersama rakan lain seperti Rusdi Sulong, Azmil Azali, Rizal Sukiman dan Idris Karim menjuarai Piala FA 1998 di bawah kendalian jurulatih Steve Darby yang jauh berbeza sekali suasananya berbanding aura Johor DT ketika ini.
“Penyokong hari ini jauh berbeza berbanding tahun 1998 itu. Ketika Johor menjuarai liga dan Piala Malaysia pada 1991, suasana dan kemeriahan ketika itu kurang 20 atau 30 peratus daripada apa yang dapat dilihat ketika ini.
“Tapi ketika 1991 dan 1998 dalam keadaan begitu pun kita boleh menang piala, lagilah keadaan sekarang yang saya rasa kita tidak patut gagal pada final Piala FA nanti," tegas Azmi.
No comments:
Post a Comment