KUALA LUMPUR, 30 JUN 2013: Empat lokasi telah pun dilawati, dan sambutan yang diterima oleh orang awam untuk menghadiri ujibakat Akademi Fantasia 2013 sangat menggalakan, menjadi bukti pengaruh Akademi Fantasia masih kuat di negara kita.
Jelajah ujibakat AF 2013 kini telah pun sampai ke lokasi terakhir, iaitu di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam bermula semalam, 29 Jun 2013 sehinggalah ke hari ini, 30 Jun 201.3.
Justeru, untuk semua individu di luar sana yang merasakan diri anda berbakat dan ingin mengecapi kejayaan seperti mana 9 juara Akademi Fantasia yang terdahulu, inilah peluang anda untuk membuktikan kebolehan anda.
Pastikan anda berumur 18-35 tahun pada tarikh ujibakat diadakan dan anda boleh datang sebagai peserta solo atau pasangan duet. Anda boleh memilih untuk menyanyikan sebarang lagu secara acapella. Untuk memudahkan anda, boring penyertaan boleh didapati di laman www.akademifantasia.com.my
Berikut adalah tips-tips berguna untuk anda sekiranya anda berminat untuk menghadiri ujibakat AF 2013 di SACC.
i) Sila pilih lagu yang bersesuaian dengan vokal anda.
ii) Sediakan sekurang-kurangnya tiga buah lagu atau lebih dengan genre muzik yang berlainan.
iii) Anda tidak digalakkan untuk memilih atau menukar lagu selepas mendaftarkan diri di AF 2013 untuk mengelakkan dari masalah lupa lirik.
iv) Peralatan muzik seperti gitar dan alatan muzik yang lain tidak menjadi masalah jika ingin digunakan tetapi ini adalah sesi ujibakat nyanyian, sila fokus dengan vokal anda. Jika ada mempunyai masalah untuk fokus dengan nyanyian sambil bermain alatan muzik, lebih afdal jika anda fokus dengan nyanyian.
v) Kod pemakaian harus bersesuaian ketika menghadiri sesi ujibakat. Anggap seperti anda ingin menjalani sesi temuduga mencari kerja.
vi) Dilarang sama sekali memakai selipar.

Tips-tips berguna ini bagi memudahkan kepada mereka yang menghadir sesi ujibakat dapat berjalan dengan lancar untuk diberi peluang untuk ke peringkat yang seterusnya. Persiapan awal ketika menghadiri sesi ujibakat AF 2013 adalah markah bonus buat diri anda supaya para juri utama dapat menilai anda dengan mudah.
Kaunter pendaftaran akan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.
No comments:
Post a Comment