https://www.facebook.com/daengperfume Cerita Terkini: FAM perlu tegas tangani sindiket ulat tiket: Khairy

Sunday, June 30, 2013

FAM perlu tegas tangani sindiket ulat tiket: Khairy

FAM perlu tegas tangani sindiket ulat tiket: KhairyPENJUAL tiket haram yang dipercayai ulat tiket mengambil kesempatan menjual tiket pada penyokong bolasepak Kelantan apabila tiket akhir Piala FA habis dijual dalam tempoh 10 minit di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, baru-baru ini. - Foto Shahuri Awang
Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu lebih tegas dan mengambil tindakan terhadap sindiket ulat tiket perlawanan bola sepak di negara ini.

Khairy berkata beliau akan berbincang dengan FAM mengenai usaha membanteras masalah ulat tiket perlawanan bola sepak yang didapati kian aktif, agar tidak mengundang kekecohan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air. 
"Satu perkara yang saya tidak puas hati adalah dari segi penjualan tiket. Kita nampak memang ada permintaan tinggi terutama untuk perlawanan akhir Piala FA, menyebabkan ramai penyokong bola sepak terpaksa beratur berjam-jam. 

"Laporan yang saya terima menunjukkan ada yang dapat membeli tiket secara pukal dan dijual pada harga lebih tinggi berbanding apa yang ditetapkan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat perkampungan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, semalam.

Katanya, fenomena sebegitu tidak seharusnya dibiarkan dan pihak terbabit perlu dikenakan tindakan sebagaimana dilakukan di negara lain yang berdepan masalah sama. 
Media baru-baru ini melaporkan terdapat segelintir individu cuba mengaut keuntungan apabila menjual tiket perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) pada harga lebih tinggi berbanding harga asal RM40, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu, Kelantan.

No comments:

Post a Comment