https://www.facebook.com/daengperfume Cerita Terkini: Jerebu semakin pulih, hanya tiga kawasan catat paras tidak sihat

Wednesday, June 26, 2013

Jerebu semakin pulih, hanya tiga kawasan catat paras tidak sihat

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu yang melanda negara semakin pulih apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan kawasan mencatat penurunan sehingga tahap sederhana setakat jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini, hanya tiga kawasan yang mencatat paras IPU tidak sihat manakala 42 kawasan pada paras sederhana dan tujuh lagi pada paras baik. 
Kawasan yang masih berada di paras tidak sihat ialah Nilai yang merekodkan bacaan IPU 153 berbanding 156 pada jam 11 pagi tadi, Seremban mencatat 104 berbanding 118 manakala Bukit Rambai di Melaka mencatat 106 berbanding 109. 

Hujan di kebanyakan kawasan petang dan malam semalam turut membantu mengurangkan partikel debu di ruang udara dan menyebabkan kualiti udara bertambah baik.

Keadaan itu juga berikutan kekuatan angin barat daya yang bertiup dengan kelajuan 10 kilometer sejam dan angin dari pelbagai hala menggerakkan asap jerebu ke kawasan lebih luas meliputi di Semenanjung Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia pula memaklumkan keadaan angin sama dijangka berterusan sehingga Jumaat ini dengan hujan di kawasan pantai Pulau Pinang, Kedah dan Perak sebelah pagi hari itu. 

Keadaan kualiti udara dijangka bertambah baik dan stabil sekiranya punca kebakaran atau titik panas (hotspot) di Sumatera Tengah, Indonesia terus berkurangan

No comments:

Post a Comment