JAKARTA: Kebakaran hutan dan tanah gambut di Riau, Sumatera sejak seminggu lepas meragut satu lagi nyawa apabila seorang pekebun kelapa sawit, Dulsani Purba dari daerah Bengkalis, meninggal dunia pada selasa petang setelah kira-kira seminggu dirawat di Hospital Awal Bros Pekanbaru, Riau.
Dulsani, melecur di sebahagian besar badan selain banyak terhidu asap ketika dia dan isterinya Laniem, terperangkap di tengah kebakaran semasa cuba menyelamatkan buah sawit di kebun mereka di daerah Kecil Tanah Putih, Rokan Hilir pada 18 Jun lalu, agensi berita Antara melaporkan, pada Rabu.
Isterinya, Laniem, terlebih dahulu meninggal dunia akibat kejadian itu.
Sementara itu agensi berita itu turut melaporkan pasukan petugas penguatkuasaan undang-undang bencana asap Riau, menahan 10 suspek pembakaran terbuka di Riau, yang menyumbang asap sehingga menjejaskan dengan teruk kualiti udara di sebahagian wilayah di Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Laporan itu memetik seorang pegawai tempatan sebagai berkata, seorang daripada suspek yang ditahan itu sengaja membakar kawasan tanah gambutnya seluas 60 hektar di daerah Rokan Hilir untuk membuka kawasan itu, namun api tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan kawasan tanah lain seluas lebih 400 hektar turut hangus terbakar.
Kejadian itu menimbulkan kepulan asap tebal sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 276 keluarga penduduk sekitar terpaksa dipindahkan kerana kualiti udara di kawasan itu terjejas teruk sehingga membahayakan kesihatan
No comments:
Post a Comment